TUGASAN 1

Dalam kumpulan 4 orang tuliskan sebuah esei berdasarkan soalan berikut:

Cikgu Samad baru berpindah dari sebuah sekolah kebangsaan di luar bandar ke sebuah sekolah kebangsaan di Kuala Lumpur. Beliau terpegun dengan taraf pendidikan dalam kalangan murid sekolah barunya yang berlatarbelakangkan status ekonomi dan sosial yang tinggi. Dengan itu beliau bertekad untuk memperkembangkan dirinya supaya dapat memberi sumbangan yang lebih positif kepada murid-murid yang proaktif dan mencabar itu.

a. Huraikan langkah-langkah yang boleh dilaksanakan oleh Cikgu Samad untuk mencapai harsatnya dari segi peranan dan tanggungjawab sebagai seorang guru yang profesional.

b. Nyatakan cara-cara beliau dapat meningkatkan lagi perkembangan diri selaras dengan kehendak Kod Etika Profesion Keguruan.

Arahan Tugasan
1. Esei hendaklah disediakan bertaip komputer dengan menggunakan font Arial saiz 12, langkau dua baris dan berjilid.
2. Sumber bahan rujukan perlu dinyatakan
3. Panjang esei di antara 8 hingga 12 muka surat
4. Bahagian kulit luar tugasan hendaklah dilengkapkan dengan butiran berikut:
a. Nama setiap ahli kumpulan dengan angka giliran dan nombor kad pengenalan
b. Opsyen
c. Nama Pensyarah Pembimbing
d. Tarikh serahan