Program Meraikan Pelajar Tahun 6 - 2009


SRAB BP (Selasa , 17/11/2009) - Sebagai S/U Sukan & Permainan, hari ni aku ditugaskan menyelaras satu lagi program yang dianjurkan khas di bawah Unit Kokurikulum untuk meraikan pelajar-pelajar tahun 6 yang akan meninggalkan SRAB iaitu Perlawanan Persahabatan Bola Sepak 7 Sebelah & Bola Jaring antara Pilihan Tahun 6 dengan Pelapis SRAB 2010. Perlawanan tersebut bermula pada pukul 8.30 pagi dan berakhir pada pukul 9.30 pagi. Seramai 40 orang pelajar telah mengambil bahagian.





Keputusan bagi perlawanan bola sepak 7 sebelah, pasukan Pilihan Tahun 6 telah menewaskan Pelapis SRAB 2010 dengan 8 gol berbalas 3 manakala bagi perlawanan Bola Jaring, pasukan Pelapis SRAB 2010 telah dikejutkan dengan kekalahan mereka kepada kakak-kakak mereka iaitu pasukan pilihan tahun 6 dengan mata 0-10. Kesian diaorang. Hadiah-hadiah telah disampaikan oleh GPK Kokurikulum Ustaz Mohd Azharri bin Diman. Keseluruhannya, matlamat program ini iaitu antaranya untuk meraikan pelajar tahun 6, mengeratkan silaturrahim sesama mereka dan untuk mengenal pasti pemain berbakat untuk diserapkan ke pasukan utama SRAB tahun 2010 alhamdulillah tercapai. Sekian