Hari terakhir persekolahan

Jumaat 20/11/2009 - Hari ini merupakan hari terakhir persekolahan 2009 kerana esok sekolah akan mula bercuti..seperti biasa pagi jumaat, program membudayakan Al-Quran, semua guru terlibat..setelah selesai, kami akan ke perhimpunan sekolah, kali ini di Dewan Al-Hidayah kerana dewan masih tidak disusun lagi..semuanya berjalan dengan lancar...

Sebagai penutup majlis perhimpunan mingguan, Cikgu Rashidah yang buat terakhirnya berada di SRAB diberi kesempatan untuk berucap kerana beliau akan berpindah ke SA Senggarang..suasana pilu menyelubungi semua yang mendengar ucapannya..


Pagi itu aku memang terlalu sibuk, tak menang tangan aku dibuatnya..mana taknya, kene siapkan fail pelajar tahun 6, semuanya yang patut aku isi mesti cukup, yelah cuti nikan aku masuk maktab..kang kalau tak cukup..emmm mana diaorang nak cari aku..satu lagi aku kene settle prog. Skor A....Petang ada mesyuarat pengurusan lagi..


Sebelum loceng balik dibunyikan, semua pelajar diminta beratur di dataran SRAB untuk bersalam-salaman dengan guru-guru. Petang aku sampai umah malam sbb aku maghrib di SRAB, beli makanan bungkus je..penatnya jgn ceritalahhh...

Majlis Anugerah Kualiti Kurikulum & Pengumuman Keputusan UPSR 2009






SRAB BP (19/11/2009)- Program yang terakhir yang diatur oleh JK Ko-akademik iaitu Majlis Anugerah Kualiti Kurikulum 2009 yang bertujuan utk memberi perhargaan kepada pelajar2 yg berjaya mendpt keputusan yg cemerlang dlm peperiksaan akhir tahun mereka, dan juga mereka2 yang cemerlang dalam matapelajaran. Majlis dirasmikan oleh penyelia PPAD Batu Pahat, Ustaz Hassan Al-Ashari. Selesai saja pembahagian hadiah, keputusan UPSR pun diumumkan oleh GPK 1, Alhamdulillah tahun ni 8 orang pelajar dapat 5A, 11 orang 4A 1B..tahniah cikgu ucapkan..SYABAS!! teruskan kejayaan anda..

Program Meraikan Pelajar Tahun 6 - 2009


SRAB BP (Selasa , 17/11/2009) - Sebagai S/U Sukan & Permainan, hari ni aku ditugaskan menyelaras satu lagi program yang dianjurkan khas di bawah Unit Kokurikulum untuk meraikan pelajar-pelajar tahun 6 yang akan meninggalkan SRAB iaitu Perlawanan Persahabatan Bola Sepak 7 Sebelah & Bola Jaring antara Pilihan Tahun 6 dengan Pelapis SRAB 2010. Perlawanan tersebut bermula pada pukul 8.30 pagi dan berakhir pada pukul 9.30 pagi. Seramai 40 orang pelajar telah mengambil bahagian.





Keputusan bagi perlawanan bola sepak 7 sebelah, pasukan Pilihan Tahun 6 telah menewaskan Pelapis SRAB 2010 dengan 8 gol berbalas 3 manakala bagi perlawanan Bola Jaring, pasukan Pelapis SRAB 2010 telah dikejutkan dengan kekalahan mereka kepada kakak-kakak mereka iaitu pasukan pilihan tahun 6 dengan mata 0-10. Kesian diaorang. Hadiah-hadiah telah disampaikan oleh GPK Kokurikulum Ustaz Mohd Azharri bin Diman. Keseluruhannya, matlamat program ini iaitu antaranya untuk meraikan pelajar tahun 6, mengeratkan silaturrahim sesama mereka dan untuk mengenal pasti pemain berbakat untuk diserapkan ke pasukan utama SRAB tahun 2010 alhamdulillah tercapai. Sekian